MUKADIMAH
Dalam rukun iman, perkara pertama disebut adalah ‘Percaya kepada Allah’. Disini tidak cukup kita mengaku percaya sahaja (beriman) tapi kalau tidak bersungguh dengannya, malah tidaklah ia menjadi rukun sebenarnya. Jadi percaya (beriman) dengan bersungguh-sungguh, iaitu tidak melakukan apa jua perbuatan yang menggugat percaya-iman itu, adalah amat penting, langsung tak boleh terleka, kalau terleka maka cacatlah ia.
Walaupun percaya adalah istilah Melayu dan beriman istilah arab, tetapi kebanyakan mereka hari ini percaya sahaja, belum sampai kepada tahap beriman sepenuhnya, disini penulis merujuk istilah percaya kepada mengaku/cakap sahaja dan beriman pula bermakna pengakuan penuh dengan bersungguh-sungguh dan tiada perbuatan yang mengugat kepercayaan tadi, seperti jika ditanya, adakah dikau percaya Allah, jawabnya ya aku percaya tetapi dalam masa yang sama ia juga mensyirikkanNya. Jadi hanya cakap percaya sahaja tapi dibelakang itu mereka menidakkan (munafik) maka percaya atau beriman dengan sebenar-benarnya macam sama tapi tak serupa kerana makna beriman itu belum dapat dihayati sepenuhnya oleh mereka yang leka.
Umat islam hari ini ramai yang percaya pada cakap sahaja tapi tidak percaya atau beriman bersungguh-sungguh, ramai yang mengaku percaya Allah tetapi dalam masa yang sama mensyirikkanNya. Malah percaya yang semacam ini telah begitu sebati dengan hidup mereka dan jikalau ditegur maka akan menjadi kemarahan pula kepada sipenegur tadi.
Allah berkata “ tidak daku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beriman kepadaKu”. Disini betapa Allah menegaskan pokok iman, maksudnya beriman dengan sebenar-benarnya, bukan setakat percaya pada cakap sahaja tapi buatnya jadi lain seperti cakap tak serupa bikin. Percaya Allah seratus peratus, tak ada duanya, bermaksud bila percaya Allah tidaklah ada sekutu baginya, Allah itu Allah, tiada lainnya.
Apabila kita sudah mengaku dalam syahadah,”sudah tiada yang lain melainkan Allah” atau dalam bahasa kasarnya “tiada tuhan melainkan Allah” bermakna tuhan itu sudah tiada atau tidak ada tuhan, yang ada hanya Allah semata-mata.
Maka apabila kita menggandingkan apapun dengan nama atau perkataan Allah itu maka syiriklah hukumnya. Maka itu apabila kita bercakap atau berkata-kata tentang Allah buangkanlah atau tinggalkan perkataan tuhan kerana yang sesungguh nya Allah dan tuhan itu tidak sama samasekali. Allah adalah Pencipta sedangkan tuhan itu dicipta oleh ciptaanNya (manusia ).Mana boleh yang dicipta hendak duduk sebaris dengan pencipta, yang dijadikan tak sama dengan Yang Menjadikan, malah yang dijadikan hanya layak duduk ditempat ‘beriman kepada Nya’.
Umat islam hari ini sudah semakin pandai dan mahu menunjukkan kuasanya, sudah melampaui batas dengan melanggar akad syahadah, ingkar akujanji tadi dengan menggandingkan tuhan dengan Allah atau tuhan dan Allah, begitu lancar tanpa segan silu, berasa bangga dalam amal ibadah mereka menyebut contohnya dalam doa.”ya Allah ya tuhanku…” Dalam nahu bahasa Melayu, bukankah ini bermakna kita mengatakan Allah itu tuhan atau tuhan itu sama dengan Allah atau kita bertuhankan Allah sehingga semakain lancar lidah kita menyebut “..kami orang islam sembahyang menyembah tuhan Allah”. Kita begitu terpengaruh atau terperangkap kerana hendak membezakan antara tuhan orang kafir dengan tuhan orang islam sedangkan dalam islam tidak ada tuhan, yang ada hanya Allah semata-mata.
Mengaku “tiada yang lain hanya Allah” itulah tandanya kita beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, seratus peratus, tak boleh dikongsi dengan yang lain-lain. Duduknya beriman ini mestilah terus menerus bukan terberhenti hanya pada mengucap syahadah sahaja malah dalam setiap amal ibadah yang lain, setiap pergerakan aktiviti harian kita, berucap, berceramah, sembahyang dan lain-lain barulah dikatakan beriman kita tidak putus, maka itulah dikatakan beriman dengan sebenar-benarnya dan beriman dijalan Allah.
Maka didalam buku kecil ini penulis mengajak saudara-saudara seislam bermuhasabah diri, mari kita melihat sejauh mana iman kita, adakah kita benar-benar beriman atau kita syirik atau kita tak pernah tahu atau buat-buat tak tahu, tak perasaan yang kita telah menjadi musuh Allah.
Maka seruan ini janganlah dianggap mahu menghina sesiapa pun atau menghina islam sebab penulis sendiri pun sayangkan islam, terutama kepada mereka yang sudah bijakpandai dengan sijil kelulusan berjela-jela atau menganggap merekalah yang layak atau mereka yang berkedudukan tinggi dalam syariah kerana apapun perbalahan antara kita tidak memberi makna sedikitpun sekiranya kita tetap menjadi musuh Allah, apa yang penting hari ini kita kena keluarkan diri kita sendiri dan umum yang lainnya daripada kategori musuh Allah kerana ‘dari Allah kita datang kepada Allahlah kita akan kembali’.
JALAN-JALAN TIDAK MENUJU ALLAH
Merenung sejenak apa yang ada didepan mata dengan pandangan Allah, kita akan merasa sebak dan amat bersalah dengan apa yang telah kita dan umat islam lakukan hari ini. Rasa bersalah dan berdosa ini amat meruntun jiwa yang halus kerana hanya dengan jiwa yang halus sahaja dapat merasakan segala kemung karan yang dilakukan oleh jiwa-jiwa yang kasar.
Dalam tidak kita sedari, dengan jiwa kasar kita, kita telah mungkir janji, melanggar akad syahadah dan dalam banyak hal kita telah melakukan satu hipokrasi yang sangat besar terhadap beriman kepada Allah dan akibatnya sangat besar juga dimana sehingga hari ini umat islam masih ketinggalan, terhina dan meminta-minta. Inilah petanda bahawa setiap amalan dan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah bahkan arahtuju kita juga sangat jauh tersasar daripada Jalan Allah.
Buku kecil ini cuba sedayaupayanya membongkar kesilapan dan keterpesongan cara berfikir dan beramal oleh umat islam hari ini yang mana telah jauh tersasar dari menuju kepada Allah, bahkan banyak menuju kepada kehendak hawa nafsu sendiri akibat kelemahan cara berfikir, lebih mudah ambil jalan mudah iaitu kefahaman ikutan daripada generasi terdahulu sehingga timbul sikap fanatik, sanggup menghukum, menghina malah berbunuhan sesama sendiri demi menegakkan keegoan bahawa akulah yang benar dan berkuasa dengan melupakan yang sebenarnya Allah lah yang lebih maha berkuasa.
Sudah tertutup pintu hati mereka untuk mencari kebenaran, bahkan ada yang sedang enak dengan kedudukan dan gelaran masing-masing yang tidak bolih digugat oleh sesiapa pun yang mereka cop tidak layak, hanya merekalah yang layak memimpin dan berfatwa bahkan jika datang berita baru dari Allah sekalipun , mereka akan tentang kerana bagi mereka hanya kata-kata Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul terdahulu sahaja yang betul dan menjadi ikutan. Bagi mereka Allah hari ini sudah bisu, tak boleh berkata-kata sebagaimana mereka percaya Muhamad itulah nabi akhir zaman, bermakna apapun berita atau kata-kata Allah yang turun hari ini adalah karut, tetapi mereka percaya pula akan turunnya Mahadi dan Isa yang membawa kebenaran.
Begitulah diantara sinario sebahagian besar umat islam hari ini yang hidup dan duduk dalam dilema yang mereka ada-adakan, seolah-olah sudah tertutup pintu ijtihaj, sudah tidak ada lagi perkhaba ran dari Allah, cukuplah dengan apa yang aku dah pelajari dan ditauliahkan, maka kata-kata dariku lah yang benar bagi umat hari ini dan ia patut didengar dan turuti.
Sesungguhnya keadaan mereka itu serupalah dengan cerita kaum-kaum terdahulu yang apabila telah sesat maka Allah turunkan khabar berita yang baru, mereka menolaknya sambil mereka leka dan bersenang-senang dengan kesesatan yang telah sebati dengan kehidupan harian. Tetapi yang lebih malangnya kesenangan mereka itu tidaklah sejauh mana atau dimartabat yang tertinggi dimata dunia kerana senantiasa dihina, diperlekeh dan ditindas oleh kuasa-kuasa lain.
Menyedari keadaan ini marilah kita perhatikan beberapa perkara dan kemuskilan besar yang cuba ditimbulkan dalam buku ini bagi kita jadikan modal bermuhasabah diri, merenung dan mencari jalan kebenaran agar kita tidak tergulung dalam mana-mana gulungan yang mungkar diatas.
Ada beberapa perkara yang penulis gariskan mengikut pengetahuan dan pemerhatian kami;
1. Islam Hari Ini Banyak Mensyirikkan Allah,
2. kerana itu mereka terhina dan tiada beza dengan lain-lain agama,
3. tindak-tanduk umat islam, luar nampak baik tetapi didalam masih berjiwa kasar dengan segala macam hukuman berat, sikap menghina, bermusuhan malah sehingga sanggup berbunuhan,
4. mereka banyak berprasangka terhadap Allah dalam amalan mereka atau suka memperlekeh kan Allah,
5. semuanya kerena mereka terlupa bahawa Allah lah yang maha berkuasa dan Allah itu maha pengasih lagi penyayang.
Buku ini adalah terbitan awal bagi satu penulisan penuh seterusnya bagi merungkai secara terperinci terhadap kealpaan, kelekaan dan kemungkaran umat besar islam hari ini dengan berpandukan kepada petunjuk dan perkhabaran dari Allah juga, yang diturunkan melalui penyampaiNya.
Segala pertikaian bukan bertujuan untuk mencari masalah dengan mana-mana pihak tetapi membawa masalah besar ini untuk kita carikan jawapan penyudah dan penyelesaian bersama dengan mendudukan diri kita semua dijalan kebenaran iaitu jalan Allah.
Terima Kasih Allah