Assalammualaikum WBRT.
1. Syirik adalah satu dosa yang Allah telah pastikan tiada ampun dariNya dan membuatkan Allah murka.
2. Syirik ada yang terang-terang seperti dengan perbuatan khurafat dan ada yang tersembunyi ( cara halus ) yang kita tak perasan, seperti hanya dengan kata-kata sahaja, kita telah melakukan syirik.
3. Sebagai contoh;
Dalam kita berdoa, sekiranya kita menyebut, “ya Allah ya Tuhanku…..”, ini juga syirik kerana;
a ) kita telah menyamakan Allah dengan tuhan, samada kita anggap Allah itu tuhan atau tuhan itu samataraf dengan Allah,
b ) ataupun kita bertuhankan Allah.
4. Kerana yang jelasnya Allah itu maha pencipta dan tuhan itu dicipta oleh ciptaanNya sendiri ( manusia ). Jadi mana boleh disamakan pencipta dengan yang dicipta dan kita pun tak boleh menyamatarafkan, mendudukkan sebaris ataupun menganggap atau mengambarkan sekalipun.
5. Kalimah syahadah, “tiada yang lain melainkan Allah” atau dalam bahasa kasar, “ tiada tuhan melainkan Allah”. Disini kita telah mengaku, sudah tiada tuhan, yang ada hanya Allah. Bila sudah mengaku kenapa disebut lagi, digandingkan lagi, disamatarafkan, didudukan sebaris dan paling dasyat Allah dianggap tuhan ( bertuhankan Allah ). Allah itu Allah, dia berdiri dengan sendirinya.
6. Dalam bahasa kasar, dua kalimah syahadah, “Aku naik saksi tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan aku naik saksi nabi Muhamad itu pesuruh Allah”.
a ) kenapa ada dua kalimah, kenapa tidak satu kalimah syahadah atau kalimah syahadah sahaja sebab bila ada dua kalimah bermakna kita kurang yakin ( lidah bercabang ) dan kalimah itu sudah jadi lemah,
b ) bila ada dua kalimah bermakna ada benda lain yang kita mahu dudukan sebaris dengan Allah iaitu Muhamad, sedangkan Muhamad itu hanya makhluk ciptaanNya sahaja, ini juga syirik,
c ) Aku naik saksi, siapa yang layak jadi saksi, SAKSI mestilah seseorang yang tinggi martabatnya seperti seseorang yang telah kenal, atau kenal Allah. Adakah kita sudah mengaku kenal Allah dan dalam masa yang sama kita syirik kepada Allah.
7. Ini bukan soal main-main, soal akidah, soal pokok atau rukun. Ikut fahaman kasar ia rukun islam yang pertama. Kalau dalam syahadah sahaja kita sudah tungggang-langgang, macamana akidah kita, sangat jauh terpesong. Sudah tiada lain melainkan Allah, sangat terang dan jelas, hanya Allah, tiada dua atau sekutu baginya, tiada tuhan, tuhan bukan untuk orang islam dan beriman kita hanya pada Allah semata-mata.
8. Kenapa kita mahu gandingkan juga nama Muhamad dalam syahadah sehingga menjadi dua kalimah, adakah kita tidak yakin dengan Allah atau sengaja tidak memahami, tak puas hati sebab mahu mendewakan Muhamad yang sama kejadian macam kita. Sesungguhnya Muhamad itu pun penyampai juga, yang kita kena pandang ialah yang empunya kata-kata atau firman iaitu Allah, kepada Dialah empunya segala kuasa dan kepada Allah lah kita akan kembali. Kalau kita berfahaman hanya umat Muhamad sahaja yang islam dan masuk syurga, bagaimana umat terdahulu, apakah Allah itu tidak berlaku adil. Kalau kita memasukkan seruan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah dalam syahadah kita, bagaimana pula Nabi Muhamad sendiri bila beliau mengucap, adakah beliau menyebut seolah ada nabi lain lagi sebelum beliau atau nabi kepada beliau sedangkan beliau itu sendiri Nabi. Adakah beliau akan menyebut bahawa aku ini Muhamad pesuruh Allah atau langsung tak menyebut bahagian kedua syahadah itu kerana beliau yang kita sanjung mulia itu pun takut nak mensyirikkan Allah. Kalau begitu kenapa sebagai umat pula kita tak patuh cara beliau dan terus mensyirikkan Allah…( huraian halus bab shahadah ini akan diterbitkan dalam siri-siri akan datang ), isunya sekarang umat islam hari ini banyak mensyirikkan Allah.
9. Kepada saudaraku seislam sekelian, yang diatas tadi itu perkara pokok, menjadi dasar dalam keimanan dan ia bukan benda baru pun, sudah begitu lama kita amalkan dan semacam sudah sebati dengan kita. Tetapi hukum tetap hukum, syirik tetap syirik, baik dalam yang sekecil awal doa pun sudah syirik, apa pula pada ibadah khusus yang lain, tiada terkecuali, tiada ampun dari Allah, maka jadilah ibadah itu sia-sia. Jadi kalau kita sudah akui dan bersetuju, ia adalah perkara dasar dalam keimanan, mari cuba kita lihat apa ada dalam ibadah kita yang lain.....bersambung.
Terima kasih Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan